Tiada rekod penuntut hina Islam peluk Islam di Pahang – MUIP

Tiada rekod penuntut hina Islam peluk Islam di Pahang – MUIP

Tiada rekod penuntut hina Islam peluk Islam di Pahang – MUIP


am@hmetro.com.my

Kuantan: Tiada rekod pendaftaran penuntut institusi pengajian tinggi yang didakwa menghina Islam dan membuat penghantaran jelik melampau di media sosial memeluk Islam di negeri itu.

Timbalan ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, berdasarkan semakan pangkalan data, lelaki berusia 21 tahun tidak berdaftar sebagai mualaf.

Katanya, pada masa sama, pihaknya turut mendapatkan maklumat daripada daripada pihak berkuasa agama di beberapa negeri.

“Kami sudah membuat semakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan tetapi tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan penuntut itu memeluk Islam di negeri berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Asmadi yang juga Ketua Pendaftar Mualaf Pahang berkata, pihaknya sudah menghubungi pendakwah bebas, Firdaus Wong untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan.

Bagaimanapun, katanya, tiada maklum balas diterima setakat ini.

“Di Pahang, setiap individu yang memeluk Islam perlu mengikuti kursus intensif selama tiga hari dan akan dibimbing seorang mualaf senior terutama untuk menunaikan solat,” katanya.

Menerusi hantaran di Facebook Firdaus Wong Wai Hung semalam, pendakwah bebas itu mendakwa penuntut lelaki yang tular kerana memijak al-Quran di Pahang, adalah seorang mualaf.

Firdaus menjelaskan individu terbabit memeluk Islam pada 20 April tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top