AC Milan perlu beraksi pada tahap sempurna terutama bahagian pertahanan apabila melayan kunjungan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool di San Siro dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.
Pengendali Milan, Paulo Fonseca berkata, The Reds kendalian Arne Slot merupakan antara pasukan terkuat dalam saingan format baharu kejuaraan tertinggi kelab Eropah kali ini.
“Mereka mempunyai permainan yang bagus dan individu yang kuat. Kami harus sempurna di bahagian pertahanan, anda tidak boleh melakukan kesilapan.
“Saya melihatnya sebagai peluang untuk menunjukkan kemajuan kami sebagai sebuah kelab Itali.
“Ia tidak hanya akan memacu kami melakukan perkara yang berbeza tetapi juga untuk membuktikan nilai kami.
“Sokongan penyokong-penyokong Milan sentiasa penting untuk kami mahu merasai kasih sayang mereka,” kata Fonseca kepada pemberita.
Juara Eropah tujuh kali Milan kini berada di kedudukan kesembilan Serie A, setelah memenangi satu daripada empat perlawanan.
Liverpool pula yang memenangi tiga perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris dengan meyakinkan di bawah pengendali baharu Arne Slot tanpa bolos, dikejutkan kekalahan 0-1 kepada Nottingham Forest di Anfield untuk berada di kedudukan keempat liga.
LIGA JUARA-JUARA
RABU (18 SEPTEMBER)
Juventus lwn PSV Eindhoven, 12.45 tengah malam
Young Boys lwn Aston Villa, 12.45 tengah malam
Real Madrid lwn VfB Sturtgart, 3 pagi
Bayern Munich lwn Dinamo Zagreb, 3 pagi
Sporting Lisbon lwn LOSC Lille, 3 pagi
AC Milan lwn Liverpool, 3 pagi
KHAMIS (19 SEPTEMBER)
Bologna lwn FC Shakhtar Donetsk, 12.45 tengah malam
Sparta Prague lwn RB Slazburg, 12.45 tengah malam
Paris Saint-Germain lwn Girona, 12.45 tengah malam
Clube Brugge lwn Borussia Dortmund, 3 pagi
Celtic lwn Slovan Bratislava, 3 pagi
Manchester City lwn Inter Milan, 3 pagi