Pelakon Uqasha Senrose berkata dia memilih untuk terus memandang ke hadapan serta tidak melihat ruang untuk kembali rujuk dengan bekas suaminya, Kamal Adli.
Memetik BH Online, Uqasha bagaimanapun berkata tiada siapa tahu apa akan terjadi di masa hadapan namun buat masa ini mahu teruskan hidup dengan tenang.
BACA: “Terima Kasih Uqasha, Minta Maaf Kalau Saya Jadi Suami Tak Baik”
“Buat masa ini, memang tidak ada (rujuk). Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kerana kita tidak boleh meramal.
“Tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang, saya hanya mahu melangkah ke depan. Saya mahu teruskan hidup dengan aman, reda dan tenang, tanpa sebarang masalah,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata tidak terkejut dengan keputusan bekas suaminya melafazkan cerai hari ini serta meminta mendoakan buat dirinya serta anaknya, Hawra Uqaira.
“Ia satu perasaan yang bukan terkejut kerana saya memang sudah menjangka, memandangkan saya yang memfailkan permohonan.
“Cuma perkara ini masih baharu untuk saya hadam dan pastinya mengambil sedikit masa. Apa pun, doakan saya dan anak saya untuk terus melangkah ke depan,” katanya.






