July 27, 2024

Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia – PM

Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia – PM


DOHA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata tiada secebis pun bukti yang menunjukkan bahawa minyak Iran, yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, telah dipindahkan dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.

“Tiada secebis pun bukti mengenai (penggunaan) kaedah pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan antarabangsa (berhampiran Malaysia).

“(Namun) kita tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau mereka,” katanya dalam sesi yang dikendalikan oleh Haslinda Amin pada Forum Ekonomi Qatar, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai kebimbangan Washington yang antara lain mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan di perairan negara.

Minggu lepas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.

Perdana Menteri, yang berada di Doha sejak Ahad, mengakhiri lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar hari ini. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top