Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang terlibat dalam aktiviti songsang di Chow Kit telah diarah meletakkan jawatan serta-merta.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.
Terlibat dalam aktiviti songsang

Katanya lagi, Unit Integriti KPT telah memulakan siasatan dalaman ke arah tindakan tatatertib mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan.
“KPT menegaskan bahawa tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola, dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa.
“Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.
Artikel lain: Pegawai KPM ditahan dalam serbuan spa Chow Kit digantung tugas serta-merta
Terlibat dalam aktiviti songsang

Sebelum ini, media melaporkan 201 individu termasuk 17 penjawat awam ditahan dalam serbuan sama.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilapor menyatakan seramai 171 lelaki dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman ditolak mahkamah kerana dikemukakan lewat.
Sumber: Facebook @Mustapha Sakmud





