Tiada Surau Bukan Halangan, Rita Rudaini Kongsi Pengalaman Solat Tepi Mesin ATM

Tiada Surau Bukan Halangan, Rita Rudaini Kongsi Pengalaman Solat Tepi Mesin ATM


Pelakon Rita Rudaini berkongikan momen anak-anaknya menunaikan solat di sebelah mesin juruwang automatik (ATM) ketika singgah di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ketika bercuti di luar negara.

Menerusi hantaran tersebut, Rita berkata disebabkan kawasan berkenaan tidak menyediakan surau atau tempat untuk beribadah merkea terpaksa solat di ruang terbuka.

BACA: “Kalau Bekas Suami Dah Mamp*s, Takde Sakit Hati Kalau Tak Dapat Nafkah” 

Menurut Rita lagi, ketika mereka menunaikan solat tiada sebarang pandangan negatif daripada orang sekeliling sebaliknya mereka senyum dan saling menghormati.

“Perjalanan hari ini mengambil masa dua jam setengah. Singgah di R&R nak solat Subuh. Sini tak ada surau, tapi mommy cari tempat baik punya tepi mesin ATM.

“Tengah mommy solat, kedai depan mula beroperasi. Orang-orang sini senyum je, tak marah tak ada pandang sinis. Begitulah adab, tak kira apa pun agama. Be kind to everybody,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top