Soalan:
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat atau menunggu waktu sembahyang. Bolehkah terangkan hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat.
Jawapan:
Adapun hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat secara ringkasnya adalah seperti berikut:
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:
يجوز النوم في المسجد، ولا كراهة فيه عند الشافعية لفعل ابن عمر في الصحيحين، وكان أصحاب الصُفَّة ينامون في المسجد، ونام العرنيون في المسجد، ونام علي وصفوان بن أمية فيه، ونام غيرهم . وقال مالك : لابأس بذلك للغرباء، ولا أرى ذلك للحاضر. وقال الحنفية : يكره النوم في المسجد إلا للغريب والمعتكف وقال أحمد وإسحاق : إن كان مسافراً أو شبهه، فلا بأس، وإن اتخذه مبيتاً أو مقيلاً، فلا
Ertinya: “Harus tidur di dalam masjid dan tidak makruh padanya di sisi ulamak mazhab Syafie kerana perbuatan Ibnu Umar r.a. pada kitab Bukhari & Muslim. Dan adalah Ashab Suffah (orang-orang yang tiada berumah) mereka tidur di dalam masjid Nabi. Dan orang-orang Uraniyun juga tidur di dalam masjid dan telah tidur oleh Ali dan Safwan bin Umayyah di dalamnya dan tidur juga oleh selain mereka itu.
Dan telah berkata Imam Malik tidak mengapa dengan yang demikian itu oleh orang-orang yang merantau dan tiada aku lihat yang demikian itu bagi orang tempatan.
Dan berkata ulamak mazhab Hanafi dimakruhkan tidur di dalam masjid melainkan bagi perantau dan orang yang iktikaf.
Dan berkata Imam Ahmad dan Ishaq jika adalah dia sedang musafir atau seumpamanya maka tidak mengapa. Dan jika dia jadikan masjid sebagai tempat tinggal atau tempat duduk maka tidak boleh.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 20/12/202
Related