Tiga cedera diserang sekumpulan memerang

Tiga cedera diserang sekumpulan memerang


KUALA LUMPUR – Tiga mangsa termasuk seorang lelaki cedera diserang sekumpulan emerang di sebuah taman rekreasi di Kota Kinabalu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, dua wanita berumur masing-masing 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun sedang berjoging ketika  diserang.

Menurutnya, haiwan itu menyerang dari arah belakang.

Ekoran serangan tersebut, ketiga-tiga mangsa cedera di bahagian kaki, tangan dan kepala akibat gigitan dan cakaran.

Walau bagaimanapun, Polis Kota Kinabalu masih belum menerima sebarang laporan polis berkaitan kes tersebut.

Kaki seorang mangsa luka diserang sekumpulan memerang ketika sedang berjoging di taman rekreasi di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Datuk Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengeluarkan notis pemakluman kepada pengusaha taman rekreasi tersebut agar menutup operasi serta-merta susulan insiden tersebut.

Beliau berkata langkah penutupan ini diambil bagi menjamin keselamatan pengunjung dan memberi laluan kepada pihak DBKK dengan kerjasama agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan lanjut.

“DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera mengarahkan penutupan taman itu bagi mengelakkan sebarang insiden lain tidak diingini. Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan penutupan ini bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya menerusi kenyataan berasingan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top