Tiga mangsa lemas di Gopeng kakitangan JKR

Tiga mangsa lemas di Gopeng kakitangan JKR


KAMPAR: Jenazah ketiga-tiga mangsa lemas semasa mengikuti aktiviti berakit meredah jeram (white water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng petang tadi tiba di Unit Forensik, Hospital Kampar di sini kira-kira pukul 9.55 malam tadi.

Semua jenazah dibawa menaiki dua kenderaan di hospital tersebut untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan, ketiga-tiga mangsa itu ialah Suhaili Mat Saad yang berumur 47 tahun, bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang menetap di Kampung Teluk Sungai Kecil, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Sementara itu, dua lagi mangsa ialah Mohamad Khairul Hakim Hamidi dan Muhammad Ikram Abdul Bari masing-masing berumur 37 dan 29 tahun yang merupakan kakitangan JKR Langkawi, Kedah.

“Alamat terakhir Mohamad Khairul Hakim ialah 4208, Kuater JKR Langkawi, Ayer Hangat, Kuah, Langkawi, Kedah. Sementara itu, Muhammad Ikram pula di Taman Permata, Jitra, Kedah,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, Allahyarham Suhaili merupakan Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah manakala Allahyarham Muhammad Khairul Hakim pula Penolong Jurutera Kanan, JKR Langkawi dan Allahyarham Muhammad Ikram menggalas jawatan terakhir sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Langkawi.

Ketiga-tiga mangsa ditemukan lemas ketika mengikuti aktiviti berakit meredah jeram (white water rafting) di Sungai Jahang , Gopeng di dalam kejadian pada pukul 5.56 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, ketiga-tiga mangsa terlibat dalam aktiviti berakit meredah jeram itu sejauh enam kilometer (km) menyusuri sungai sebelum dihanyutkan arus deras.

“Ketiga-tiga mangsa merupakan antara 22 peserta program team building daripada kedua-dua cawangan JKR itu serta enam pemandu pelancong yang turun ke kawasan sungai bermula petang 3.30 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati kesemua mangsa sudah dinaikkan ke tebing,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top