Tiga ulat parkir haram ditahan DBKL

Tiga ulat parkir haram ditahan DBKL


KUALA LUMPUR – Seramai tiga ulat tempat letak kenderaan ditahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu kota.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasa menerusi Operasi Tindakan Khas Jaga.

“Ketiga-tiga orang kena tahan (OKT) itu telah  didakwa dan dijatuhi hukuman di mahkamah DBKL pagi tadi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpan yag telah dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi Tindakan Khas Jaga itu dilaksanaan DBKL sejak tahun lalu bagi menyekat kegiatan ulat parkir atau penjaga parkir haram di sekitar pusat bandar. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top