TikTok Shop 9.9 Tawaran Hebat tawar pelbagai promosi hebat

TikTok Shop 9.9 Tawaran Hebat tawar pelbagai promosi hebat


Platform shoppertainment terkemuka, TikTok Shop kembali memanjakan penggunanya dengan pelbagai tawaran, promosi dan peluang untuk menang besar melalui kempen 9.9 Tawaran Hebat.

Antara tarikan utama 9.9 Tawaran Hebat kali ini ialah pelanggan bakal menikmati penghantaran percuma tanpa had dan potongan hingga 50 peratus pada ‘harga hangat’ untuk pelbagai barangan mulai 5 hingga 9 September 2024.

Pengguna juga boleh mendapatkan diskaun tambahan sebanyak 20 peratus dengan baucar SYOK LIVE! apabila menonton siaran langsung TikTok Shop harian.

Tonton dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan 8 malam hingga 12 tengah malam untuk memanfaatkan tawaran hebat ini.

Pada hari kemuncak iaitu 9 September, pelanggan berpeluang menikmati diskaun istimewa bernilai RM99 untuk pembelian barangan terpilih.

Ini adalah masa buat pengguna untuk mendapatkan barangan kegemaran pada harga yang tidak dapat ditandingi.

Bagi menambahkan keterujaan, TikTok Shop juga bakal mengadakan siaran langsung pada 8 September dari jam 9 hingga 11 malam di @tiktokshop_my.

Menerusi siaran langsung ini, pelanggan boleh meningkatkan penjimatan dengan memanfaatkan baucar 99% TikTok Shop yang sah tanpa sebarang perbelanjaan minimum dan terhad kepada RM9.

Nikmati juga penampilan dan persembahan dari artis seperti Nadeera, Ezra Kairo, Marsha serta pencipta kandungan termasuk Pinn Yang, Noreen Iman, Kanafly dan Rahman Chea.

Lebih menarik, penonton turut berpeluang menerima hadiah istimewa setiap sembilan minit ketika sesi tersebut berlangsung.

Terokai produk tempatan bersama Khairul Aming, Pinn Yang

Komited menyokong Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS), TikTok Shop sentiasa memberi peluang buat jenama tempatan untuk mempromosikan pertumbuhan mereka.

Menerusi TikTok Shop 9.9 Tawaran Hebat, TikTok Shop tampil dengan rangkaian siaran langsung bagi mempamerkan produk ‘Buatan Malaysia’.

Berikut jadual sesi siaran langsung #JomLokal:

  • 8 September (9 malam – 11 malam)

Segmen #JomLokal khas mempromosikan lebih 10 produk buatan tempatan. Tonton sesi siaran langsung di @tiktokshop_my.

  • 9 September (9 malam – 11 malam)

TikTok Awards 2023 Creator of the Year, Khairul Aming dan TikTok Awards 2024 TikTok Shop Creator of the Year, Pinn Yang akan mempamerkan produk tempatan berkualiti tinggi yang terpilih.

Menurut Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, TikTok Shop menjalankan kempen #JomLokal untuk memperkasa PMKS tempatan sejak 2023.

“Kami telah melatih beribu usahawan luar bandar dan bandar bukan sahaja untuk menjual secara dalam talian malah bagi memanfaatkan perdagangan sosial melalui kandungan, pencipta afiliasi dan siaran langsung TikTok Shop.

“PMKS adalah tulang belakang ekonomi yang membentuk lebih 95 peratus daripada pertumbuhan Malaysia.

“Oleh itu, kami ingin terus menyokong usahawan Malaysia dan melengkapkan mereka dengan alat, sumber dan pengetahuan yang tepat untuk berkembang maju secara digital.

“Ingatlah untuk sentiasa menyemak dan menyokong jenama tempatan di TikTok Shop apabila membeli-belah,” katanya.

Menangi baucar berjumlah RM90,000

Dalam pada itu, TikTok Shop juga menampilkan cabaran #TikTokShop99GrandDeals dengan baucar TikTok Shop berjumlah RM90,000 untuk dimenangi.

Pengguna boleh menyertai dengan mengikuti beberapa langkah mudah di bawah:

  1. Muat naik video 15 saat di TikTok dengan penapis kesan jenama dan ketik item untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 99 mata.
  2. Muat naik video dengan kapsyen kreatif mengapa anda ingin menang berserta hashtag #TikTokShop99GrandDeals.
  3. Tag @tiktokshop_my dan tiga rakan dalam kapsyen anda.

Seramai 28 pemenang akan dipilih berdasarkan kualiti video, kreativiti dan tahap keterlibatan (bilangan suka, tontonan video, dan lain-lain).

Sertai kempen ini di pautan ini sementara untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, klik #TikTokShop99GrandDeals.

© New Straits Times Press (M) Bhd





Source link

OR

Scroll to Top