Tiktok Shop lancar "Affiliate Link" menjelang Jualan 12.12

Tiktok Shop lancar "Affiliate Link" menjelang Jualan 12.12


Kuala Lumpur: Platform e-dagang berasaskan kandungan terkemuka, TikTok Shop, baru-baru ini, mengumumkan pelancaran ciri Affiliate Link terbaharunya di Malaysia, menjelang kempen Jualan Akhir Tahun 12.12 dari 9 hingga 13 Disember ini.

TikTok Shop dalam kenyataan memaklumkan inovasi baharu itu akan memberi lebih fleksibiliti kepada lebih dua juta pencipta affiliate tempatan di platform itu untuk memperoleh komisen dengan menyokong penjual untuk terus berkembang.

Ketua Komunikasi Pemasaran TikTok Shop Malaysia Nur Aisya Rosly berkata, ciri baharu Affiliate Link itu mengurangkan halangan bagi kemasukan harian untuk rakyat Malaysia meraih pendapatan sebagai pencipta kandungan.

Sebagai tambahan kepada format Affiliate Collaboration sedia ada iaitu melalui kandungan dalam aplikasi dan fungsi beg kuning yang ikonik, beliau berkata, pencipta kandungan kini boleh memperluaskan jangkauan mereka di luar platform untuk mempromosikan penjual TikTokShop melalui Affiliate Link, dan ciri itu terbuka kepada semua pencipta kandungan tempatan di platform tanpa mengira jumlah pengikut mereka.

“Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi lebih 96 peratus daripada 1.3 juta penjual di Malaysia juga akan mendapat manfaat daripada ciri baharu ini.

“Dengan membolehkan pencipta tempatan kami mempromosikan produk di luar platform secara mudah, kami mewujudkan ekosistem perdagangan sosial yang lebih inklusif dan terintegrasi untuk usahawan tempatan dan jenama buatan Malaysia mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik.

“Kami juga menggalakkan pencipta kandungan yang baru bermula mahupun yang berpengalaman di TikTok Shop untuk mencuba ciri baharu Affiliate Link semasa kempen Jualan Akhir Tahun 12.12 yang sangat dinantikan ini,” katanya.

Untuk layak menggunakan Affiliate Link, pencipta kandungan perlu menyertai Program Affiliate melalui laman profil TikTok mereka (TikTok Studio > TikTok Shop for Creator > Enable Affiliate).

Kenyataan itu juga memaklumkan, pencipta kandungan boleh menghasilkan Affiliate Link secara terus dalam aplikasi TikTok Shop selepas memilih produk yang layak bagi Program Affiliate untuk dipromosikan.

Pautan ini boleh dikongsi di pelbagai platfrom, menghalakan trafik kepada halaman produk dan penjual mendapat manfaat dengan memperluaskan jangkauan mereka di luar TikTok. Ini membolehkan pencipta kandungan membawa trafik luar ke kedai mereka dan memacu jualan sekali gus meningkatkan keterlihatan produk mereka.

Kadar komisen pula bergantung kepada struktur komisen individu penjual dan ia hanya dikreditkan kepada pencipta kandungan setelah pesanan berjaya dipenuhi.

Komisen daripada Affiliate Links diperoleh untuk tempoh maksimum 100 hari, selepas itu pencipta perlu menghasilkan pautan baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top