Tingkat perlindungan takaful, kebajikan penjawat awam melalui TemanCare CUEPACS

Tingkat perlindungan takaful, kebajikan penjawat awam melalui TemanCare CUEPACS


PELBAGAI aktiviti dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mencarum takaful hayat buat penjawat awam.

DALAM usaha memperluas jaringan perlindungan dan kebajikan kepada penjawat awam,  ECG Capital Sdn Bhd (ECG Capital) menyasarkan untuk menarik lebih 100,000 penyertaan baharu dalam Program Keahlian TemanCare CUEPACS menjelang 2030. 

Ketua Pegawai Agensi ECG Capital, Mohd Hafizi Ahmad berkata, pihaknya positif sasaran itu mampu dicapai berikutan pelbagai aktiviti kesedaran mengenai takaful dijalankan bagi mendapatkan perlindungan tambahan buat penjawat awam. 

Jelas beliau, TemanCare merupakan program kerjasama dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi memastikan setiap penjawat awam memiliki perlindungan takaful untuk waktu kecemasan bagi diri dan keluarga di samping menikmati pelbagai manfaat keahlian yang boleh meningkatkan kualiti hidup.

“Melalui TemanCare, penjawat awam ditawarkan perlindungan takaful hayat sehingga RM500,000 yang dijamin oleh Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) di samping pelbagai manfaat keahlian lain dengan caruman bulanan bermula serendah RM25.

Wan Ahmad Najib (tengah) menyerahkan sijil induk takaful bagi program TemanCare kepada Asward (enam dari kiri).

Wan Ahmad Najib (tengah) menyerahkan sijil induk takaful bagi program TemanCare kepada Asward (enam dari kiri).

“TemanCare bertujuan mengubah persepsi penjawat awam mengenai takaful yang hanya memberi perlindungan sewaktu musibah dengan memberi pengalaman keahlian yang terbaik sewaktu sihat,” katanya pada Majlis Peyerahan Sijil Induk Takaful TemanCare oleh TIFB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TIFB, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi serta Ketua Pegawai Eksekutif ECG Capital, Asward Mahadzir.

Mengulas lanjut, Mohd Hafizi berkata, setiap peserta TemanCare bukan sahaja dilindungi dengan pampasan kewangan takaful tetapi tetapi dapat menikmati kemudahan konsultansi doktor atas talian secara percuma. 

Selain itu, diskaun perbelanjaan melalui lebih 50 rakan niaga berdaftar serta program saringan kesihatan secara percuma setiap tahun juga bakal dimanfaatkan oleh ahli, ujarnya. 

“Program TemanCare merupakan manifestasi kepada harapan CUEPACS untuk meningkatkan lagi kebajikan dan kualiti hidup penjawat awam sama ada ketika sihat atau ditimpa musibah sebagai usaha melindungi diri tanpa bergantung sepenuhnya kepada progam kebajikan yang disediakan oleh kerajaan,” ujarnya. 



Source link

OR

Scroll to Top