July 13, 2024

Tipu duit derma: SPRM akan mohon perintah reman terhadap pasangan pempengaruh

Tipu duit derma: SPRM akan mohon perintah reman terhadap pasangan pempengaruh


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon perintah tahanan reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma.

Sumber memaklumkan permohonan reman terhadap pasangan yang telah ditahan itu akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya esok pagi.

Sementara itu, ‪Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, sebuah akaun di Facebook mendakwa pasangan itu membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.

Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumahtangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat.

— BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top