Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata dia memerlukan masa untuk move on kerana baginya tidak mudah apatah lagi selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga.
Memetik HibGlam, Dr Fie meminta untuk memberikannya masa kerana apa saja keputusan dibuat akan dinilai oleh netizen sama ada positif atau negatif.
BACA: “Cepat Move On Salah, Tak Move On Pun Salah”
“Bercakap tentang ‘move on, nanti kalau saya ‘move on’ cepat sangat pun salah dan sebaliknya. Jadi saya mohon berikan saya masa.
“Saya dan Nubhan bermula sebagai kawan, jadi memang ambil masa untuk sesuaikan diri,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie mengakui menonton program Gegar Vaganza musim ke-12 yang disertai oleh Nubhan dan anak-anak mahu melihat bapa mereka menyanyi.
“Tipulah kalau kata saya tak tengok. Anak-anak nak tengok abah mereka menyanyi, jadi bagi saya tidak menjadi masalah. Lagipun, saya sendiri memang peminat Akademi Fantasia sejak zaman sekolah dulu,” katanya.
Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menyerahkan hak penjagaan penuh ketiga orang anak kepada Dr. Fie dengan Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.
Sumber: HibGlam






