Pelakon Tiz Zaqyah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati pada awal tahun hadapan.
Memetik Astro Gempak, Tiz berkata dia dan jejaka tersebut sudah dikenali sejak lagi lagi sudah hampir setahun bercinta serta tinggal di kawasan yang sama.
BACA: Tiz Zaqyah Dakwa Melodi Pernah Terjah Set, Interview Artis Sampai Menangis
“Inshaallah doakan yang terbaik. Kami kenal sejak darjah satu dan kami duduk kawasan kejiranan yang sama. Kami bercinta hampir setahun. Keluarga pun dah kenal dia. Jadi, tak perlu risau dah pasal itu.
“Tiada spesifik Tarikh. Namun, kemungkinan akan diadakan pada awal tahun hadapan,” katanya.
Sementara itu, Tiz berkata pada awalnya hubungan mereka sekadar kawan sahaja namun hadir perasaan cinta kerana banyak persamaan antara mereka.
“Sebelum ini, kami hanya berkawan sahaja tetapi mungkin disebabkan banyak persamaan rasa cinta itu pun hadir. Dia tua dua tahun dari saya. Alhamdulillah, saya sangat gembira.
“Dua-dua yang meluah perasaan sebab kami dah lama kenal. Rumah dekat nak raya pun senang,” katanya.






