June 14, 2024

To Lam angkat sumpah Presiden Vietnam


HANOI – Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan bari ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sebelum ini, Perhimpunan Kebangsaan Vietnam secara rasmi meluluskan resolusi mengenai pemilihan Lam, ahli Politbiro dan Menteri Keselamatan Awam sebagai Presiden bagi tempoh 2021 hingga 2026.

Beliau dalam ucapan pertama sebagai Presiden berjanji untuk setia kepada tanah air, rakyat dan Perlembagaan serta melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh parti, negara dan rakyat. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top