Pempengaruh media sosial, Dr Fie Tawfik meluahkan rasa syukur anak-anaknya kembali ke pangkuannya untuk menyambut Hari Raya.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie seolah lega apatah lagi sebelum ini menyambut hari raya pertama tanpa anak-anak.
BACA: “Anak-Anak Raya Dengan Abah Mereka Dulu…Syukur Saya Masih Ada Ibu Bapa”

“Finally, my children are back in my arms. Please jangan buat lagi ok?” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar dipermudahkan urusan Dr Fie bersama anak-anak.
Terdahulu, Dr Fie berkata anak-anak akan beraya dengan bapa mereka iaitu penyanyi Nubhan terlebih dahulu namun dia bersyukur dapat meluangkan masa dengan keluarga.






