'Tolong siasat demi keadilan, masa depan anak kami'

'Tolong siasat demi keadilan, masa depan anak kami'


am@hmetro.com.my

Larut: Sepasang suami isteri meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan wajar selepas anak sulung mereka disahkan mengalami retak tempurung kepala dan pendarahan dalam otak ketika dalam jagaan pengasuh.

Ahmad Shamil Fadzli Salim,30, berkata dia mendapati anaknya Annas Sayyed berusia empat bulan, tidak aktif selepas pulang dari rumah pengasuh di Kampung Bukit Salim, Selama, Khamis lalu.

Menurutnya dia mendapati ada kesan muntah pada baju anaknya pengasuh memaklumkan anak mereka seperti biasa dan hanya tidur lebih masa dari biasa.

“Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, kami terus ke Hospital Taiping dan doktor mengesahkan anak mengalami pendarahan dalam otak selain tempurung kepalanya juga retak.

“Terkejut dengan jawapan yang diberikan saya segera membuat laporan polis dan berharap siasatan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri baru menghantar anak ke rumah pengasuh sejak empat hari lalu atas permintaan ibunya memandangkan isterinya sudah mula berkerja.

Disebabkan kejadian itu, dia dan isterinya sudah tawar hati untuk menghantar anak kepada mana-mana pengasuh dan isterinya kini tekad untuk berhenti kerja demi menjaga anak sulung mereka.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah, mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top