Tonggak Harimau Malaya barakan motivasi Sabah di Likas

Tonggak Harimau Malaya barakan motivasi Sabah di Likas


Dominic Tan kembali perkuatkan cabaran Sabah di Likas. Foto Sabah FC

KEHADIRAN semula beberapa tonggak Harimau Malaya dijangka menyuntik semangat Sabah FC apabila melayan Kuching City FC dalam suku akhir kedua Derbi Borneo Piala Malaysia di Stadium Likas.

Pengendali The Rhinos, Martin Stano berkata, Dominic Tan, Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Darren Lok sudah menyertai sesi latihan bersama Sabah pada Ahad.

Katanya, keputusan positif perlawanan di laman sendiri itu sangat penting bagi memastikan Sabah dapat melangkah ke separuh akhir.

“Berbekalkan kelebihan satu gol macam-macam boleh berlaku…Sehingga kini Sabah FC menjalani latihan mingguan seperti biasa, mempunyai masa yang cukupnya untuk pulih daripada perlawanan sebelumnya sekali gus mencatat keputusan positif malam esok,” katanya.

Perlawanan suku akhir pertama di Stadium Negeri, Sabah menjinakkan Kuching City kendalian Aidil Sharin Sahak, 1-0.

Sementara itu, Stano berkata, kelebihan bermain di gelanggang sendiri dilihat dapat menyuntik semangat serta motivasi daripada penyokong setia Sabah.

“Kita akan mempamerkan kualiti permainan yang baik, di samping fokus mencapai keputusan positif di Stadium Likas.

“Kita mahu penyokong setia Sabah turun beramai-ramai memberikan sokongan padu untuk memastikan dapat melangkah ke peringkat separuh akhir,” ujar Stano.



Source link

OR

Scroll to Top