Tonton Rewards Buat Comeback, Ganjaran Lebih ‘Padu’

Tonton Rewards Buat Comeback, Ganjaran Lebih ‘Padu’


Platform penstriman Tonton terus menambah nilai kepada pengguna menerusi pelancaran kempen terbaharu di bawah inisiatif Tonton Rewards, yang tampil dengan ganjaran lebih menarik bagi pelanggan baharu dan sedia ada.

Melalui konsep “Subscribe & Redeem”, kempen ini bukan sahaja menggalakkan langganan baharu dan pembaharuan pelan tontonan, malah memberikan pengalaman penebusan ganjaran yang lebih menyeronokkan.

Bagi pelan langganan satu bulan, pelanggan akan menerima baucar bernilai RM20 daripada Baskin Robbins. Sementara itu, pelan tiga bulan menawarkan ganjaran lebih menarik dengan baucar RM20 Baskin Robbins setiap bulan serta tambahan baucar RM40 daripada Pizza Hut.

Untuk langganan selama 12 bulan, ganjaran yang ditawarkan lebih besar dengan baucar RM100 Pizza Hut serta baucar bernilai RM216 daripada Watsons.

Selain ganjaran makanan dan gaya hidup, Tonton turut memperkenalkan Permainan Kad “Drama Pukul 7” edisi khas hasil kerjasama bersama Meja Belakang. Permainan ini diinspirasikan daripada drama popular di platform tersebut seperti Perempuan Itu dan Nur, membolehkan pemain menghidupkan watak kegemaran dalam permainan strategi yang mencabar.

Permainan edisi terhad ini ditawarkan kepada pelanggan pelan tiga bulan sepanjang tempoh kempen berlangsung dari 3 April hingga 24 April, dengan hanya 50 unit disediakan untuk penebusan.

Dalam masa sama, pelanggan juga boleh menikmati akses premium tanpa iklan bagi kandungan gaya hidup dan berita, termasuk Harian Metro, New Straits Times, Berita Harian serta Waktu Solat Malaysia.

Semua ganjaran boleh ditebus melalui portal rasmi Tonton Rewards, dan orang ramai digalakkan untuk merebut peluang ini bagi menikmati gabungan hiburan dan ganjaran dalam satu platform.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Tonton dalam memberikan pengalaman lebih bernilai kepada pengguna, menjadikan setiap langganan bukan sekadar tontonan, tetapi juga satu bentuk ganjaran yang berbaloi.



Source link

OR

Scroll to Top