Tragedi pelajar UPSI: Jenazah Wan Suhaila selamat dikebumikan

Tragedi pelajar UPSI: Jenazah Wan Suhaila selamat dikebumikan


zatuliffah@hmetro.com.my

Besut: Jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, yang maut dalam kemalangan tragis di Perak selamat dikebumikan jam 12 tengah malam.

Jenazah Wan Nur Suhaila yang juga anak keenam daripada sembilan beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amir.

Terdahulu, jenazah Wan Nur Suhaila tiba di rumahnya di Kampung Amir sebelum dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin di sini untuk disembahyangkan.

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga mangsa dan penduduk kampung serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah Wan Nur Suhaila bersama seorang lagi mangsa bergerak dari Hospital Gerik, Perak menuju ke Besut padajam 6.30 petang tadi.

Jenazah seorang lagi mangsa, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, selamat tiba di Masjid Hadhari, Jertih, di sini, pada jam 10.45 malam sebelum dibawa ke rumah keluarga di Kampung Pasir Badak, Hulu Besut untuk dikebumikan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top