am@hmetro.com.my
Shah Alam: Seorang pemasang kabinet dapur maut selepas terjatuh dari ketinggian kira kira 23.1 meter ketika mengalihkan barang bagi aktiviti kerja di tapak pembinaan di Ampang, semalam.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata, nahas sekitar jam 10.15 pagi itu membabitkan pekerja lelaki bukan warganegara.
Beliau berkata, lokasi kejadian adalah bangunan yang sedang dalam pembinaan.
“Kami menerima maklumat pada hari sama dan menghantar pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan awal.
“Siasatan mendapati mangsa adalah pekerja sub kontraktor. Ketika kejadian, mangsa terjatuh dari tingkat enam ke tingkat bawah di ‘passanger hoist pit’.
“Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat,” katanya tadi.
JKKP Selangor berkata, pihaknya mengeluarkan surat arahan larangan kacau ganggu di tempat kejadian kepada majikan untuk menghentikan serta merta aktiviti kerja di tempat tinggi sehingga siasatan selesai dijalankan.
Katanya, notis larangan juga dikeluarkan untuk memasang penghadang di ‘landing platform’ dan membaik pulih kerosakan pada pagar pencegah penceroboh.
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
© New Straits Times Press (M) Bhd