Trak tentera terjunam dalam tasik di Kem Sri Banding

Trak tentera terjunam dalam tasik di Kem Sri Banding


zahratulhayat@nst.com.my

Gerik: Sebuah trak tentera seberat tiga tan milik Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) terjunam ke dalam tasik di Kem Sri Banding, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan semua anggota yang berada dalam kenderaan berjaya menyelamatkan diri.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.50 petang semalam di kawasan jeti bot kem berkenaan, ketika kenderaan itu sedang menunggu untuk mengambil anggota.

“Menurut laporan awal, trak berkenaan bergerak tanpa kawalan selepas sistem brek dipercayai gagal berfungsi, sebelum sebahagian kenderaan itu tenggelam.

“Tiga anggota berada dalam kenderaan semasa kejadian, namun mereka sempat keluar sebelum trak dimasuki air,” katanya sambil menambah tiada senjata atau peralatan hilang dalam kejadian itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kegagalan sistem brek menjadi punca kejadian.

“Operasi menyelamat dilaksanakan segera oleh Rejimen Askar Melayu Diraja Ke-15 dengan bantuan daripada Unit Bengkel Ke-2.

“Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top