Tsitsipas akhiri kemarau gelaran

Tsitsipas akhiri kemarau gelaran


Dubai: Stefanos Tsitsipas raih gelar pertamanya dalam hampir setahun sekali gus menamatkan badi di pentas final selepas menundukkan Felix Auger-Aliassime 6-3, 6-3 di final Dubai.

“Tidak ada yang menjamin kemenangan hari ini, hanya perjuangan murni,” kata Tsitsipas selepas menang dalam satu jam 28 minit.

Kemenangan ini mengakhiri rentetan kekalahan Tsitsipas di pentas final kejohanan level ATP 500. Ia memenangi ATP Finals di akhir musim dan juga beberapa kejohanan 1000 level tertinggi, namun sebelumnya kalah dalam 11 final terakhirnya di pertandingan bertaraf 500.

Kekalahan itu termasuk dua kali tewas di Dubai epada Roger Federer pada 2019 dan Novak Djokovic (2020).

“Kemenangan ini memberi kelegaan dan kejayaan yang cukup bermakna selepas tewas di pentas final berturut-turut sebelum ini.

“Itu adalah sesuatu yang ada di fikiran saya dan cukup bersyukur akhirnya menjulang kejuaraan itu,” kata Tsitsipas yang menempati unggulan keempat di lapangan.

Pemain berasal dari Kanada Auger-Aliassime bermula dengan langkah kanan apabila menjuarai kejohanan di Adelaide pada Januari dan Montpellier bulan lalu.

“Saya memiliki lawan hebat di atas gelanggang, saya tahu ini adalah pertemuan yang cukup mencabar,” kata Tsitsipas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top