Penampilan isteri kepada penyampai radio Era FM, Fazziq Muqris, iaitu Sharifah Areeqa yang baru melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu menjadi perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mengatakan isteri Fazziq memiliki bentuk fizikal curvy bukan chubby atau berisi.

Kata individu itu lagi, untuk mendapatkan bentuk badan seperti sedemikian perlu melakukan senaman dan menjaga diet pemakanan.
“Ramai cakap tak jadi diet sbb tgk wife fazziq tu chubby. Sistur tu bukan chubby. Tu curvy body. Nak achieve body camni pun kena workout dan dan jaga diet ye sistur,” tulis individu itu.
Perkongsian individu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa bentuk badan curvy merujuk kepada pinggang dan perut yang ramping.







