Tuchel mahu manfaatkan Bellingham

Tuchel mahu manfaatkan Bellingham

Tuchel mahu manfaatkan Bellingham


London: Pengurus England, Thomas Tuchel, menegaskan pasukannya perlu memanfaatkan intensiti dan semangat juang tinggi Jude Bellingham sebagai kelebihan utama menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang Serbia dan Albania minggu depan.

Bellingham, yang beraksi cemerlang bersama Real Madrid, kembali dipanggil selepas diketepikan ketika kemenangan besar 5-0 ke atas Latvia bulan lalu, keputusan yang menimbulkan spekulasi wujudnya perselisihan antara pemain itu dan Tuchel.

Namun, Tuchel menepis dakwaan dengan menjelaskan hubungan mereka kekal baik dan menegaskan karakter Bellingham yang tegas dan beremosi di atas padang adalah sesuatu yang perlu diraikan, bukan ditekan.

“Tiada masalah antara kami. Jude hanya mempunyai semangat luar biasa, satu sifat yang sangat baik kerana anda perlukan kelebihan itu untuk mencapai tahap tertinggi,” katanya pada sidang media, semalam.

“Kami perlu bantu dan galakkan dia, cipta suasana yang membolehkan dia menggunakan kelebihannya untuk menentang lawan serta mencapai matlamat pasukan. Kami gembira dia kembali dan mesej kami mudah, teruskan apa yang kamu buat, kerana kami sedang bina sesuatu yang besar,” jelas Tuchel.

Selain Bellingham, bintang Manchester City, Phil Foden, turut kembali ke skuad kebangsaan dengan Tuchel merancang untuk menempatkannya di posisi tengah menyerang di belakang Harry Kane, bukan di bahagian sayap seperti kebiasaannya.

“Foden akan berada di kawasan tengah, posisi ‘9-10ish’. Saya sudah lama bayangkan dia bermain di situ kerana ia paling sesuai dengan gayanya,” kata Tuchel.

Foden sebelum ini menjaringkan dua gol ketika membantu City menewaskan Borussia Dortmund 4-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, beraksi tepat di posisi yang sama di belakang Erling Haaland.

“Gol keduanya menentang Dortmund menggambarkan trademark sebenar Foden, bijak membaca ruang dan menyokong penyerang. Dia boleh jadi pemain kunci bersama Kane di jentera serangan kami,” tambah Tuchel.

England yang sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, kini dalam misi mengekalkan momentum menjelang aksi persahabatan dan persediaan terakhir sebelum kejohanan bermula tahun depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top