05 Mac 2026 08:27pm
Masa membaca: 4 minit
Panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain itu tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun ia hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan.
Dalam keputusan operasi (tanpa alasan terperinci) yang dikeluarkan hari ini, Panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain itu tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun ia hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.
“Setelah meneliti bukti yang dikemukakan, Panel CAS mendapati kesalahan memalsukan dokumen kelayakan telah terbukti dan penggantungan selama 12 bulan daripada perlawanan adalah hukuman yang wajar dan sepadan bagi para pemain, memandangkan mereka terlibat secara bersama dalam penipuan ini,” menurut kenyataan itu.
Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
AKAN MENYUSUL
Ringkasan AI
- CAS sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap FIFA
- Tujuh pemain itu tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan namun hanya untuk perlawanan rasmi
- Kesalahan memalsukan dokumen kelayakan terbukti
- Penggantungan selama 12 bulan adalah hukuman wajar
- Pemain terbabit adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel





