Nama seorang pelakon wanita yang dahulunya terkenal sebagai aktres kanak-kanak hangat menjadi sebutan ramai di media sosial apabila tular video didakwa mirip dirinya sedang meneguk arak dan berhibur di kelab malam.
Video tersebut memaparkan aktres muda itu memakai pakaian mencolok mata berwarna hitam, sambil memegang gelas air yang dipercayai berunsurkan minuman alkohol.
Bukan itu sahaja, aktres tersebut turut didakwa mempunyai tatu pada tubuhnya, selain dipercayai pernah mengandung namun keguguran.


Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada selebriti yang disebutkan itu berhubung dakwaan liar tersebut.





