Keadaan kesihatan ahli kumpulan KRU iaitu Edry baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai pihak apabila usai konsert berlangsung, Edry dilaporkan telah pengsan dan mengalami kekejangan otot lebih 45 minit.
Menerusi perkongsian video berdurasi 23 saat yang dikongsikan di TikTok, Edry dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di hospital terdekat, namun terpaksa menolak dek kerana permintaannya untuk hadir pada sesi Meet & Greet dan juga sidang media.
“Edry pengsan/pitam dan kekejangan otot lebih 45 min untuk stabil semula.
“Doktor saran ambulans terus ke hospital, strecher pun dah masuk Edry tetap kata dia okay dan nak habiskan kerja Meet & Greet dan sidang media.
“Cemas lah juga, lepas Edry sedar dia tak nak ke hospital sebab nak hadir ke acara itu,” tulis pada kapsyen berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa agar keadaan kesiahtan Edry kembali pulih seperti sedia kala.
Malah, ramai yang beranggapan penyanyi itu terlalu penat ditambah pula dengan keadaan stadium yang terlalu panas.









