Tunku Ismail cadang Harimau Malaya diswastakan

Tunku Ismail cadang Harimau Malaya diswastakan


KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT),  Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim melontarkan idea agar kaedah pengurusan pasukan bola sepak kebangsaan diubah bagi membolehkannya bergerak secara bebas.

Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail di laman sosial miliknya apabila berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

Cadangan tersebut dikemukakan tidak sampai beberapa jam selepas pengumuman peruntukan sebanyak RM15 juta kepada Harimau Malaya yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Tunku Ismail turut tampil berkongsikan satu dokumen yang menunjukkan mengenai sistem, peranan dan carta organisasi bebas yang dicadangkan.

Berdasarkan dokumen tersebut, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal.

Sementara itu, organisasi itu akan turut dibantu beberapa pegawai termasuk Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi & Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.

Langkah itu difahamkan sekali gus akan membawa kepada penswastaan pengurusan pasukan Harimau Malaya yang ketika ini berada di bawah FAM.

Dalam perkongsian sama, Tunku Ismail turut memuat naik gambar beliau bersama Anwar pada 23 Ogos lalu iaitu sehari sebelum aksi final Piala FA antara JDT dan Selangor FC. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top