Tunku Mahkota Ismail zahir rasa syukur JDT mara ke pusingan 16 terbaik ACLE

Tunku Mahkota Ismail zahir rasa syukur JDT mara ke pusingan 16 terbaik ACLE


Tunku Mahkota Ismail Foto HRH Crown Prince of Johor

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur dan gembira susulan kejayaan skuad Harimau Selatan melangkah ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Kegembiraan itu dikongsikan oleh baginda sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan JDT berjaya menundukkan kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi baginda, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil semangat juang yang tinggi.

“Pure Passion. Alhamdulillah,” titah baginda ringkas mengiringi gambar keraian pasukan.

Perlawanan tersebut dianggap aksi hidup mati buat JDT yang turun dengan misi wajib menang bagi memastikan slot ke pusingan seterusnya terjamin.

Dalam aksi penuh mendebarkan di hadapan penyokong sendiri itu, JDT mempamerkan disiplin tinggi untuk mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas bekas juara Liga J1 itu.

Kemenangan berharga itu membolehkan JDT mara ke pusingan 16 terbaik. Bagaimanapun, pasukan manakah yang bakal menjadi lawan JDT di pusingan kalah mati itu masih menjadi teka-teki.

Lawan skuad Harimau Selatan hanya akan diketahui bergantung kepada keputusan perlawanan-perlawanan lain yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Ringkasan AI

  • Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Mahkota Ismail, menzahirkan rasa syukur atas kejayaan JDT ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit
  • Kegembiraan tersebut dikongsikan sejurus tamat perlawanan di mana JDT menundukkan Vissel Kobe
  • Tunku Mahkota Ismail menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil semangat juang yang tinggi
  • Perlawanan dianggap aksi hidup mati dengan misi wajib menang bagi JDT untuk mara ke pusingan seterusnya
  • Kemenangan 1-0 ke atas Vissel Kobe membolehkan JDT mara ke pusingan 16 terbaik, lawan seterusnya masih menjadi teka-teki



Source link

OR

Scroll to Top