TV Tuisyen di Tonton perkasa pendidikan digital negara

TV Tuisyen di Tonton perkasa pendidikan digital negara


KUALA LUMPUR: Dunia pendidikan digital negara melakar sejarah baharu dengan pelancaran rasmi TV Tuisyen di Tonton, platform penstriman nombor satu Malaysia yang kini menawarkan pembelajaran dalam talian untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5.

Inisiatif ini bukan sekadar kelas tambahan dalam talian, sebaliknya sebuah revolusi pendidikan digital yang direka bagi memperkasa pelajar menghadapi peperiksaan serta meningkatkan prestasi akademik.

Melalui langganan eksklusif di Tonton, pelajar berusia 13 hingga 17 tahun kini boleh menikmati akses tanpa had kepada ribuan bahan pembelajaran yang berstruktur, menyeronokkan dan mudah diakses pada bila-bila masa serta di mana sahaja.

Kandungan berasaskan KSSM

TV Tuisyen menampilkan video pembelajaran merangkumi 13 subjek utama Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kimia, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Prinsip Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi.

Setiap topik disertakan dengan soalan latihan, nota ringkas serta kuiz interaktif bagi membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. 

Selain itu, kandungan ini dihasilkan serta disemak oleh tenaga pengajar berpengalaman bagi memastikan penyampaian yang berkualiti, mudah difahami dan menyeronokkan.

Lebih menarik, pengajaran turut disampaikan oleh barisan guru selebriti popular seperti Fendy Bakry, Shah Iskandar, Aniq Suhair, Elisya Sandha, Alvin Chong, Adam Lee, Wafariena, Zara Zya, Juliana Evans dan ramai lagi. 

Gabungan kredibiliti akademik, produksi berkualiti tinggi dan grafik interaktif menjadikan pembelajaran lebih hidup dan menghiburkan.

Mesra pembelajaran kendiri

Selaras dengan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), TV Tuisyen memastikan setiap kandungan mudah difahami serta sesuai untuk pembelajaran kendiri.

Platform ini turut memperkenalkan pelbagai program eksklusif dan promosi menarik dari semasa ke semasa, khususnya untuk calon peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Dengan pendekatan edutainment gabungan pendidikan dan hiburan pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih santai dan bermotivasi.

TV Tuisyen bukan sahaja membantu pelajar membuat ulang kaji secara sistematik, malah memberi ketenangan kepada ibu bapa kerana anak mereka menggunakan skrin untuk pembelajaran yang selamat dan berstruktur.

Guru turut boleh memanfaatkan kandungan platform ini sebagai bahan pengajaran tambahan bagi memperkukuh sesi pembelajaran di bilik darjah. 

Dengan pendekatan menyeluruh ini, TV Tuisyen menjadi sebahagian daripada usaha nasional memperluas akses pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat.

Langganan mampu milik

TV Tuisyen ditawarkan pada harga mesra bajet melalui pelan langganan fleksibel di Tonton hanya RM9.90 sebulan, RM29.70 untuk tiga bulan atau RM118.80 setahun. 

Semua pelan memberikan akses penuh kepada keseluruhan perpustakaan kandungan TV Tuisyen.

Akses boleh dibuat melalui pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, komputer riba dan TV pintar membolehkan pelajar belajar bila-bila masa, di mana sahaja.

Untuk melanggan, pengguna hanya perlu mendaftar akaun di Tonton, memilih pelan TV Tuisyen dan mula belajar secara digital. 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pasukan sokongan pelanggan melalui e-mel support@tonton.com.my atau berbual terus dengan ejen di tinyurl.com/Tonton-Squad.

Sempena pelancaran rasmi, pelbagai tawaran dan aktiviti menarik akan diumumkan melalui media sosial Tonton dan TV Tuisyen.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top