Ubai nafi dipancing kelab Thailand

Ubai nafi dipancing kelab Thailand


Ubai nafi dipancing kelab Thailand

Malik Muhamad

sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pertahanan muda Terengganu FC (TFC), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menafikan bakal ‘angkat kaki’ meninggalkan skuad itu untuk bersaing dalam Liga Thailand pada musim 2025/2026.

Bagaimanapun pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun yang lebih mesra dipanggil ‘Ubai’ itu sedia berhijrah jika ada tawaran daripada mana-mana kelab dalam Liga Thailand atau mana-mana kelab luar negara.

Namun jelas pemain berusia 22 tahun itu, dia perlu menambahkan ilmu berkaitan bola sepak terlebih dahulu jika mahu bersaing di pentas antarabangsa.

“Insya-Allah jika ada peluang untuk beraksi dalam Liga Thailand, saya sedia berkhidmat kerana ianya sudah tentu menjadi impian saya untuk bermain di luar negara.

“Tapi setakat ini belum ada sebarang tawaran lagi daripada kelab luar negara, walau bagaimanapun saya sentiasa menghormati dan mendahulukan kelab TFC terlebih dahulu sebagai majikan saya.

“Lagipun kontrak saya bersama kelab TFC ini sehingga musim depan,” ujar pemain kelahiran Kelantan itu ketika dihubungi selepas desas-desus yang mengaitkannya berhijrah ke Thailand.

Ketika ditanya prestasinya bersama TFC pada musim 2024/2025, bekas pemain skuad Projek FAM-MSN itu akui masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum bergelar pemain utama.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top