“Ubai Tahu Saya Tak Suka Lipat Baju, Alhamdulillah Dia Terima Kekurangan Saya”

“Ubai Tahu Saya Tak Suka Lipat Baju, Alhamdulillah Dia Terima Kekurangan Saya”


Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Ubai seorang yang memahami dan menerima kekurangannya dalam hal menguruskan kerja rumah.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila berkata suaminya tahu bahawa dia tidak suka melipat baju dan mengambil masa yang lama untuk melakukan kerja tersebut.

BACA: Netizen Puji Suami Shila Amzah Buat Part Time Lalamove

“Ubai tahu saya memang tidak suka lipat baju. Tapi alhamdulillah dia terima kekurangan saya.

“Dulu kalau kena lipat baju, duduk depan televisyen ada tiga jam tidak habis-habis. Kalau Ubai lipat, sekejap je settle, lepas tu semua sama saiz lipatan dia,” tulisnya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.






Source link

OR

Scroll to Top