UiTM akan atur pertemuan suami wanita, keluarga pelajar yang maut

UiTM akan atur pertemuan suami wanita, keluarga pelajar yang maut


KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) cawangan Terengganu bersedia membantu mengaturkan pertemuan antara keluarga suspek yang merempuh empat pelajar dalam kemalangan Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, tiga pelajar maut manakala seorang cedera parah.

Pertemuan ini atas permintaan keluarga pemandu wanita terbabit untuk menyampaikan permohonan maaf menerusi pertemuan empat mata dengan keluarga mangsa, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, UiTM menghargai hasrat tersebut dan akan cuba bantu berhubung dengan keluarga mangsa agar pertemuan berlaku dalam masa yang sesuai buat ketiga-tiga keluarga.

“Bagaimanapun pihak UiTM perlu menunggu masa yang sesuai bagi memastikan semua pihak dalam keadaan bertenang dan benar-benar bersedia.

“Jadi, buat masa ini keluarga-kerluarga mangsa perlu diberi ruang menghadapi ujian besar kehilangan anak-anak mereka.

Semalam, suami kepada wanita yang merempuh empat pelajar UiTM Dungun melahirkan hasrat untuk menemui keluarga-keluarga mangsa bagi memohon maaf atas kejadian tersebut.

Azhar Ahmad, 53, berkata dia ingin memohon maaf kepada keluarga mangsa pada malam kejadian tragis berkenaan tetapi dinasihatkan polis dan rakan-rakannya supaya menunggu sehingga keadaan reda.

Lelaki itu turut melahirkan harapan agar UiTM dapat membantu mengaturkan pertemuan tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, UiTM juga memberitahu, keadaan seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, yang cedera dalam kejadian itu kini beransur pulih.

Ammar kini dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu bapanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top