UK seru rakyatnya keluar dari Lubnan sekarang

UK seru rakyatnya keluar dari Lubnan sekarang


LONDON – Kerajaan United Kingdom (UK) menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu dengan segera, di tengah-tengah kebimbangan perang habis-habisan antara Israel dan Hezbollah.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar UK berkata, warga Britain harus meninggalkan negara Timur Tengah “sekarang sementara pilihan komersial masih ada”.

“Ketegangan tinggi, dan keadaan boleh merosot dengan cepat. Sementara kami bekerja sepanjang masa untuk mengukuhkan kehadiran konsular kami di Lubnan, mesej saya kepada warga Britain di sana adalah jelas – keluar sekarang,” ,” kata Menteri Luar David Lammy.

Pejabat kementerian itu berkata, ia akan ‘mengukuhkan’ sokongannya terhadap warga Britain di negara itu dengan mengerahkan “pasukan sempadan, pegawai konsular dan anggota tentera ke rantau itu”.

“Pegawai akan menawarkan “sokongan tambahan” kepada kakitangan kedutaan manakala anggota tentera akan menyediakan kedutaan dengan “sokongan operasi untuk membantu warga Britain”, kata kementerian itu.

“Kapal pendaratan RFA Cardigan Bay dan HMS Duncan yang sudah berada di timur Mediterranean untuk menyokong sekutu dengan keperluan kemanusiaan, dengan Tentera Udara Diraja juga meletakkan helikopter pengangkutan dalam keadaan bersiap sedia.

“Dengan potensi laluan keluar dari Lubnan termasuk jalan raya – terjejas, terhad, atau ditutup, pasukan akan terus menggesa warga Britain untuk keluar sementara pilihan komersial masih tersedia,” tambahnya. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top