Ular berbisa dalam bagasi penumpang pesawat

Ular berbisa dalam bagasi penumpang pesawat


New Delhi: Seorang penumpang dari Thailand, baru-baru ini, ditahan sebaik tiba di Mumbai kerana menyeludup masuk puluhan ular berbisa, kata pegawai kastam India.

Kastam Mumbai dalam satu kenyataan pada lewat Ahad melaporkan, reptilia terdiri daripada 44 ular berbisa Indonesia itu disorokkan dalam bagasi daftar masuk.

“Seorang warga India yang tiba dari Thailand ditahan,” tambahnya.

Penumpang yang identitinya tidak didedahkan juga membawa tiga ular berbisa.

Kastam Mumbai mengeluarkan gambar ular yang dirampas, termasuk reptilia biru dan kuning melingkar di dalam baldi.

Ular itu adalah rampasan yang agak luar biasa di Mumbai kerana pegawai kastam lebih kerap berkongsi gambar tangkapan emas seludup, wang tunai, ganja atau pil kokain yang disyaki ditelan penumpang.

Februari lalu, pegawai kastam di lapangan terbang Mumbai turut menahan penyeludup yang membawa lima Siamang dan seekor beruk kecil yang berasal dari hutan Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Menurut pegawai kastam, haiwan disembunyikan dalam peti plastik yang diletakkan di dalam beg troli penumpang.

Ia kerana haiwan itu disenaraikan sebagai hidupan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

November tahun lalu, pegawai kastam menahan seorang penumpang yang membawa 12 penyu, dan sebulan sebelumnya, penumpang cuba menyeludup empat burung enggang, semuanya dalam pesawat yang tiba dari Thailand.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top