Ultras Malaya, penyokong setia palu gendang 'perang'

Ultras Malaya, penyokong setia palu gendang 'perang'


sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Semboyan ‘peperangan’ sudah bermula di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) apabila Ultras Malaya (UM) menghangatkan suasana.

Menerusi tinjauan Arena Metro di SNBJ, UM memalu gendang dengan menyanyikan lagu Harimau Malaya disertai sorakan ratusan ekor yang berada di sekitar SNBJ.

Suasana itu nyata membangkitkan ‘mood’ penyokong yang ada apabila turut bersorak bersama.

Selain itu, melalui tinjauan juga mendapati penyokong mula hadir di SNBJ dengan lautan Kuning Hitam membanjiri perkarangan stadium.

Dijangka kehadiran penyokong akan bertambah menjelang jam 8 malam ini selepas ramai yang baru pulang daripada tempat kerja.

Tinjauan juga mendapati pintu stadium mula dibuka pada jam 5.30 petang dengan semua berpusu-pusu masuk ke dalam.

Malam ini skuad negara kendalian Peter Cklamovski bakal berdepan Vietnam dalam misi untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2027.

Kehadiran lima tonggak baharu warisan negara turut mencuri tumpuan peminat yang teruja untuk melihat aksi mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top