September 8, 2024

UMNO bawah Akmal beri masa depan cerah penyatuan ummah, Melayu – Pas

UMNO bawah Akmal beri masa depan cerah penyatuan ummah, Melayu – Pas


KUALA LUMPUR – Wujud masa depan yang cerah untuk penyatuan ummah dan orang Melayu khususnya pada masa hadapan di bawah kepimpinan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Pengamatan itu dibuat Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menilai hujah-hujan Muhamad Akmal pada program Skop MG malam tadi yang turut disiarkan secara langsung menerusi platform digital MalaysiaGazette.

Program yang membincangkan tajuk Politik Sesatkan Minda Anak Muda? itu menemukan Muhamad Akmal dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai ahli panel.

Ahmad Fadhli turut hadir mengikuti program bual bicara yang berlangsung selama kira-kira dua jam di ibu pejabat Malaysia Gazette di Bandar Permaisuri, di sini.

Temubual Skop MG bersama Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi di Pejabat Malaysia Gazette,Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 JULAI 2024.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau cukup menghormati hujah Muhamad Akmal sepanjang program itu yang disifatkan matang dan berprinsip.

“Walaupun kami berbeza fahaman politik, dan sudah pasti selepas ini perbezaan dan pertembungan ini akan terus wujud. Namun saya cukup hormati hujahnya yang matang dan berprinsip.

“Jika inilah aliran pemikiran orang-orang muda di dalam UMNO, saya melihat masa depan yang cerah untuk penyatuan ummah dan orang Melayu khususnya di masa hadapan. Tunggulah masa itu akan tiba juga akhirnya,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, tambah Ahmad Fadhli, beliau juga pastinya tidak ragu-ragu dengan kemampuan Afnan Hamimi berhujah membawa idealisme Pas dalam bentuk dan naratif orang muda sepanjang program tersebut.

Jelas beliau, perkara itu adalah apa yang diwarisi sejak dulu lagi dalam lapisan kepimpinan Pas yang sentiasa berganti-ganti sejak penubuhannya.

“Tahniah kedua-dua panelis, tahniah MalaysiaGazette sebagai penganjur,” ujar beliau. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top