UMNO Kelantan sedia senarai awal calon PRU

UMNO Kelantan sedia senarai awal calon PRU


nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: UMNO Kelantan sudah mempunyai senarai awal calon Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai persediaan bagi berdepan sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya mengejut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, senarai calon itu merangkumi pelbagai latar belakang termasuk agamawan, muka baharu dan lama, golongan muda serta ahli perniagaan.

Pada masa sama katanya, prestasi wakil rakyat yang sedia ada juga sentiasa dipantau, namun setakat ini prestasi kedua-dua mereka iaitu Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Nenggiri adalah cemerlang.

“Walaupun setakat ini kita sudah mempunyai senarai awal calon, namun senarai berkenaan tidak bersifat kekal dan calon sentiasa dinilai dari semasa ke semasa dan boleh berubah.

“Kedudukan calon di sesuatu kawasan boleh berubah mengikut tahap komitmen dan cara mereka menyantuni rakyat.

“Kita menyediakan senarai calon sebagai persediaan awal sekiranya berlaku pilihan raya mengejut, persediaan dari segi calon kita surah buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Moreh Ramadan Bersama Pengamal Media Kelantan di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut katanya, keputusan muktamad berhubung senarai calon berkenaan akan ditentukan oleh Presiden parti selepas nama-nama terbabit dikemukakan untuk proses tapisan.

“Bagi dua ADUN UMNO di Kelantan iaitu ADUN Galas dan Nenggiri, kita juga sentiasa memantau prestasi mereka.

“Jika mereka tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mungkin kita akan mencadangkan kepada Presiden parti supaya nama mereka tidak dicalonkan nanti. Namun setakat ini kita berpuas hati dan mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top