Brussels, Belgium: Sepanyol dan England bakal bertemu dalam edisi baharu Liga Negara-Negara Eropah selepas undian berlangsung awal pagi tadi, yang turut menemukan Perancis dengan Itali serta menyaksikan Jerman dan Belanda menghidupkan semula perseteruan tradisi.
Sepanyol yang menewaskan England pada final Euro 2024, muncul juara Liga Negara-Negara pada 2023 sebelum tewas menerusi penentuan penalti kepada Portugal pada final tahun lalu.
Mereka diundi dalam Kumpulan A3 bersama England kendalian Thomas Tuchel, selain Republik Czech dan Croatia yang muncul naib juara edisi 2023.
Liga Negara-Negara akan menjadi fokus utama bola sepak antarabangsa Eropah selepas Piala Dunia 2026 sebelum perhatian beralih kepada kempen kelayakan Euro 2028.
Aksi peringkat kumpulan secara timbal balik akan berlangsung antara September hingga November tahun ini. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan dalam Liga A mara ke suku akhir pada Mac 2027 sebelum empat pemenang beraksi di pusingan akhir pada Jun tahun sama.
Juara bertahan Portugal yang juga pemenang edisi sulung 2019 diundi dalam Kumpulan A4 bersama Denmark, Norway dan Wales.
Perancis yang muncul juara pada 2021 serta separuh akhir musim lalu berada dalam Kumpulan A1 bersama Itali, Belgium dan Turkiye.
Kumpulan A2 pula dibarisi Jerman, Belanda, Serbia dan Greece.
Keputusan Undian
Liga A
Kumpulan A1: Perancis, Itali, Belgium, Turkiye
Kumpulan A2: Jerman, Belanda, Serbia, Greece
Kumpulan A3: Sepanyol, Croatia, England, Republik Czech
Kumpulan A4: Portugal, Denmark, Norway, Wales
Liga B
Kumpulan B1: Scotland, Switzerland, Slovenia, Macedonia Utara
Kumpulan B2: Hungary, Ukraine, Georgia, Ireland Utara
Kumpulan B3: Israel, Austria, Republik Ireland, Kosovo
Kumpulan B4: Poland, Bosnia dan Herzegovina, Romania, Sweden
Liga C
Kumpulan C1: Albania, Finland, Belarus, San Marino
Kumpulan C2: Montenegro, Armenia, Cyprus, Latvia/Gibraltar
Kumpulan C3: Kazakhstan, Slovakia, Kepulauan Faroe, Moldova
Kumpulan C4: Iceland, Bulgaria, Estonia, Luxembourg/Malta
Liga D
Kumpulan D1: Gibraltar/Latvia, Malta/Luxembourg, Andorra
Kumpulan D2: Lithuania, Azerbaijan, Liechtenstein
Latvia menentang Gibraltar dan Luxembourg bertemu Malta dalam aksi play-off timbal balik pada Mac 2026 bagi menentukan pembahagian liga masing-masing.
© New Straits Times Press (M) Bhd






