Unifi Mobile semarakkan jelajah ACS EDU Tour musim ketiga

Unifi Mobile semarakkan jelajah ACS EDU Tour musim ketiga


KUALA LUMPUR: Musim ketiga jelajah ACS EDU Tour yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi terus menarik perhatian mahasiswa universiti di seluruh Malaysia.

Berbaki beberapa lokasi sebelum berakhir, siri jelajah yang dibawakan khas oleh Unifi Mobile ini berjaya menarik minat pelajar untuk sama-sama bersaing dalam kejohanan PUBG Mobile.

Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif anjuran rakan kongsi termasuk ZTE Nubia dan Safi Shayla.

Setiap kunjungan ke universiti menyaksikan persaingan hebat antara 16 pasukan pemain dalam mempamerkan kemahiran strategi dan kerjasama antara pasukan dalam kalangan pelajar.

Menariknya, pasukan yang gagal mara ke peringkat seterusnya masih berpeluang mencuba nasib untuk berentap di universiti lain.

Langkah ini bukan sahaja bertujuan memupuk semangat kompetitif dalam kalangan peserta, tetapi juga memberi peluang yang lebih adil kepada mereka untuk bersaing secara sihat.

Bagi setiap kejohanan yang disertai, peserta akan menerima beg tote eksklusif berisi produk menarik seperti UNI5G WOW Prepaid daripada Unifi Mobile serta produk penjagaan diri seperti deodoran Safi Hijabsta dan semburan rambut Safi Shayla. 

Ia bagi memberikan keseronokan dan sebagai penghargaan kepada semua peserta yang terbabit.

Kerjasama untuk wujudkan kesedaran

Selain itu, jenama telefon pintar rasmi ACS EDU Tour, ZTE Nubia, turut memperkenalkan kempen unik ‘Scream Machine’ di setiap dropzon acara bagi menyalurkan sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang memperjuangkan masalah buli dalam kalangan pelajar.

Inisiatif ini bukan sahaja memeriahkan lagi acara, malah turut mendidik pelajar mengenai tanggungjawab sosial.

Dalam pada itu, menyedari bahawa suara pelajar memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek, ACS EDU Tour turut memperkenalkan program ‘Student Influencer’ membabitkan seramai 1,000 pelajar daripada 100 universiti sebagai Key Opinion Consumers (KOC). 

Pelajar-pelajar ini akan membantu mempromosikan jenama rakan kongsi acara termasuk mengelolakan acara cabutan bertuah dengan hadiah berupa percutian percuma ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile di London.

Ia sekali gus membuka peluang kepada pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi mereka dan berkongsi pengalaman peribadi dengan khalayak yang lebih luas di samping membina profil digital.

Acara kemuncak kini bermula

Kemuncak bagi acara ini diakhiri dengan perlawanan akhir peringkat negeri bermula 30 September 2024 lalu antara 224 pasukan membabitkan 1,120 pemain mewakili negeri di seluruh Malaysia.

Pemenang dari setiap negeri akan berentap dalam perlawanan Pusingan Akhir yang akan berlangsung di The Boulevard, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 30 November hingga 1 Disember 2024.

Peminat yang tidak dapat hadir secara langsung boleh menyaksikan perlawanan ini secara siaran langsung melalui aplikasi Unifi TV di saluran Unifi Esports HD.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top