UNIFIL berdepan masalah kekurangan bekalan kritikal

UNIFIL berdepan masalah kekurangan bekalan kritikal


UNIFIL yang ditubuhkan pada 1978, merupakan antara misi pengaman PBB yang paling lama beroperasi dengan lebih 10,000 anggota tentera ditempatkan di Lubnan.

Cabaran ini muncul di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu, sebahagiannya dicetuskan oleh konflik yang sedang berlaku di Gaza yang turut memberi kesan kepada seluruh wilayah Timur Tengah.

Pada Jumaat lalu, seorang jurucakap UNIFIL mengesahkan bahawa pasukan mereka di selatan Lubnan diserang beberapa kali, dengan lima insiden dianggap sebagai serangan yang disengajakan.

Malaysia turut menyertai pasukan pengaman ini melalui Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang ditempatkan di Tibnin dan Marakah, menurut kenyataan terkini dari Kementerian Luar Negeri. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top