suliati@hmetro.com.my
Suatu perjalanan panjang penuh dedikasi dalam usaha memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat sejak penubuhannya pada 1991.
Sepanjang tiga dekad ini, UNITAR kekal teguh sebagai institusi yang percaya pendidikan ialah jalan untuk mengubah hidup dan membina masa depan negara.
Hari ini, dengan adanya kampus di 12 negeri, UNITAR berjaya melahirkan lebih 135,000 graduan melalui Universiti Antarabangsa UNITAR, Kolej Universiti UNITAR Kuala Lumpur (UUCKL) dan Kolej UNITAR.
Mereka inilah yang mewarnai tenaga kerja negara, membina industri, memperkukuh komuniti dan menyumbang kepada kemajuan Malaysia.
Sejak awal penubuhannya lagi, UNITAR sentiasa memegang prinsip bahawa pendidikan harus mengikut perubahan zaman.
Bermula sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara, UNITAR membuka laluan baharu dalam dunia pembelajaran digital, jauh lebih awal daripada norma hari ini.
Perjalanan inovasi itu diteruskan sehingga kini, dengan UNITAR melangkah ke hadapan melalui kurikulum bersepadu Kecerdasan Buatan (AI) yang diterapkan dalam setiap program bagi melahirkan graduan yang benar-benar bersedia menghadapi masa depan.
Keberkesanan pendekatan ini terserlah melalui kadar kebolehpasaran 98 peratus menurut Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2024 untuk UNITAR International University dan ia bukti bahawa program UNITAR bukan sekadar akademik, tetapi direka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran sebenar yang diperlukan industri.
Namun, dasar pendidikan UNITAR tetap jelas iaitu membuka jalan untuk rakyat Malaysia membina kehidupan dan masa depan yang lebih baik.
Selama 35 tahun, misi UNITAR tidak pernah berubah.
Ia konsisten dengan usaha untuk membuka lebih banyak peluang pendidikan supaya setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang mempunyai peluang untuk mengikatkan kehidupan mereka.
Bagi mereka yang bekerja, ibu bapa mahu kembali belajar, atau pelajar baharu yang mencari haluan, UNITAR menyediakan pendidikan yang fleksibel, inklusif dan berkualiti tanpa kompromi.
Ekosistem sokongan yang dibina daripada pensyarah, penasihat akademik sehinggalah teknologi bertujuan untuk menumbuhkan keyakinan, kejelasan dan keupayaan diri dalam setiap pelajar.
Selama tiga dekad, UNITAR bukan sekadar universiti.
Ia adalah rakan perjalanan yang sudah bersama rakyat Malaysia membina harapan dan masa depan.
Komitmen ini terbukti melalui kadar penyiapan pengajian tepat pada masanya yang melebihi 90 peratus dalam kalangan graduan kami.
Sempena sambutan 35 Tahun UNITAR yang bertemakan #BangkitBersama, ia memperkenalkan siri tawaran istimewa untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah pertama ke arah perubahan hidup.
Antara yang menarik, UNITAR menawarkan Ijazah Sarjana Pentadbiran (MBA) dengan kos sebanyak RM12,000 sahaja.
Namun, ia terhad terhad kepada 50 calon pertama yang mendaftar untuk pengambilan Januari 2026.
Program ini merangkumi 10 subjek dan satu kertas projek, tanpa peperiksaan akhir. Ia memberi fokus kepada tugasan, pembentangan dan penyelesaian masalah sebenar, sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan kerjaya atau beralih bidang.
Pada 2026, UNITAR juga memperkenalkan kelas dalam talian waktu siang bagi pelajar yang memerlukan fleksibiliti untuk belajar pada waktu pagi dan tengah hari.
Inisiatif ini amat sesuai untuk lepasan SPM yang sudah biasa dengan pembelajaran digital sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP).
Selain itu, UNITAR turut menawarkan Biasiswa Percubaan SPM sehingga 100 peratus pengecualian yuran.
Program ini terbuka kepada calon dengan keputusan Percubaan SPM 3A atau kredit ke atas sekali gus menjadi peluang besar untuk anak muda memulakan pendidikan tinggi tanpa tekanan kewangan.
Sebagai hadiah ulang tahun ke-35, UNITAR turut menyediakan pengecualian yuran sebanyak 35 peratus untuk program Diploma dan Ijazah terpilih.
Untuk mendapatkan tawaran eksklusuf ini, orang ramai dijemput menyertai Hari Terbuka UNITAR yang akan berlangsung pada 13 Disember ini.
Orang ramai boleh mendaftar, mendapatkan maklumat berkenaan tawaran serta promosi yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.unitar.my atau imbas kod ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd





