United akan menang EPL dalam tempoh 10 tahun – Owen

United akan menang EPL dalam tempoh 10 tahun – Owen

United akan menang EPL dalam tempoh 10 tahun – Owen


BEKAS penyerang Manchester United, Michael Owen berkongsi pandangan mengenai kemelut prestasi The Red Devils sejak beberapa musim lalu dan peluang mereka untuk kembali bergelar juara pada masa depan.

United kali terakhir meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah pada musim 2012/13, iaitu musim terakhir di bawah bimbingan pengurus legenda, Sir Alex Ferguson.

Sejak itu, kelab berpengkalan di Old Trafford itu gagal menambah koleksi trofi liga, malah kini memasuki musim ke-13 tanpa sebarang gelaran EPL.

Sebaliknya, United kerap bergelut dengan masalah pertukaran pengurus selain gagal mendapatkan skuad mantap biarpun berbelanja besar untuk membawa masuk pemain berprofil tinggi.

Menurut Owen, kemarau kejuaraan itu mungkin berlarutan lebih lama, namun beliau tetap optimis United akan kembali mendakap trofi liga dalam tempoh satu dekad akan datang.

“Saya sendiri tidak pasti dari mana sinar kebangkitan itu akan muncul. Tetapi cepat atau lambat, ia pasti akan berlaku,” kata Owen ketika muncul dalam podcast bekas rakan sepasukan, Rio Ferdinand.

“Manchester United akan menjuarai EPL dalam tempoh 10 tahun, tidak ada siapa boleh kata peluang itu langsung tidak wujud.

“Mungkin ia berlaku dalam tempoh empat tahun, atau mungkin juga lapan tahun,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top