United, Chelsea intai khidmat Delap

United, Chelsea intai khidmat Delap


MANCHESTER United dan Chelsea dilaporkan berminat untuk merekrut Liam Delap dari Ipswich Town bagi memantapkan jentera serangan mereka.

Menurut Football Insider, biar pun Ipswich mengalami musim yang buruk, namun Delap, 22, muncul antara pemain yang menyinar di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Delap telah menjaringkan sembilan gol musim ini dan pada usia yang masih muda, dia telah menunjukkan potensi sebagai penyerang tulen.

Malah kelajuan, kualiti penyudah dan kekuatan fizikal dimiliki Delap dilihat mampu membantunya berjaya di kelab terkemuka EPL.

Kontrak Delap di Ipswich tamat pada 2029, namun mana-mana kelab perlu membayar yuran premium untuk mendapatkan khidmatnya.

Pun begitu, pengendali The Tractor Boys, Keiran McKenna dilihat sukar melepaskan Delap jika mereka jatuh ke Liga Kejuaraan musim depan memandangkan kelab itu kini berada di tangga kedua tercorot EPL.



Source link

OR

Scroll to Top