United hilang khidmat Sesko

United hilang khidmat Sesko


London: Manchester United kehilangan penyerang muda, Benjamin Sesko untuk beberapa minggu selepas pemain itu mengalami kecederaan lutut sebelum rehat antarabangsa, kata pengurus Ruben Amorim.

Sesko, yang menyertai United dari RB Leipzig dengan harga £74 juta (RM442 juta) pada Ogos lalu, cedera ketika seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur pada 8 November, selepas masuk sebagai pemain gantian babak kedua sebelum terpaksa dikeluarkan.

Penyerang berusia 22 tahun itu hanya menjaringkan dua gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan langsung tidak beraksi bersama Slovenia dalam aksi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

“Dia akan direhatkan beberapa minggu, saya tak tahu berapa lama, tapi ia bukan kecederaan serius,” kata Amorim menjelang aksi menentang Everton, Isnin ini.

“Kami kena berhati-hati dengannya. Dia sedang pulih dan semakin rasa lebih baik. Dalam beberapa minggu lagi saya jangka Ben kembali.”

United turut kehilangan Harry Maguire selepas pertahanan itu mengalami kecederaan dalam aksi bertemu Spurs.

Bagaimanapun, Kobbie Mainoo yang tidak beraksi dalam kunjungan ke London, berpotensi kembali bertemu Everton, manakala Lisandro Martinez semakin hampir untuk pulih penuh selepas bersama kem latihan Argentina sepanjang rehat antarabangsa.

United kini di tangga ketujuh EPL selepas lima perlawanan tanpa kalah, namun seri dua aksi terakhir menentang Nottingham Forest dan Spurs.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top