Jim Ratcliffe Foto: Agensi
PEMILIK bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe tidak bimbang apabila Ruben Amorim menyifatkan The Red Devils mungkin yang paling teruk dalam sejarah kelab tersebut.
Malah, Ratcliffe optimis luahan Amorim juga tidak akan menyebabkan pemain hilang kepercayaan seterusnya menjejaskan prestasi The Red Devils.
Jelas Ratcliffe, dia percaya pemain United memahami bekas pengendali kelab Portugal, Sporting Lisbon itu mempunyai keinginan yang kuat untuk menang
Ratcliffe juga percaya amarah Amorim ketika United tewas 1-3 kepada Brighton di Stadium Old Trafford itu juga akan segera dilupakan pemain Red Devils.
Amorim sebelum itu menyatakan kekesalan atas komen selepas berdepan The Seagulls berkata: “Saya lebih bercakap berkenaan diri sendiri daripada mengenai pemain. Saya bercakap bahawa saya seorang jurulatih yang tewas tujuh perlawanan perlawanan pertama.”
United kini berada di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris dengan 26 mata sebelum bertandang ke Craven Cottage untuk berdepan Fulham pada awal pagi Isnin.
Tiga mata ketika menjinakkan kelab Liga Scotland, Rangers FC, 2-1 saingan Liga Europa mencerahkan harapan United untuk mara ke pusingan kalah mati 16 terbaik.
LIGA PERDANA INGGERIS
JADUAL AHAD (26 JANUARI)
Tottenham Hotspur lwn Leicester City, 10 malam
Crystal Palace lwn Brentford, 10 malam
ISNIN (27 JANUARI)
Aston Villa lwn West Ham United, 12.30 malam
Fulham lwn Manchester United, 3 pagi