United wajib tumbangkan Sociedad demi nyalakan impian Eropah

United wajib tumbangkan Sociedad demi nyalakan impian Eropah


TONGGAK berpengalaman Manchester United, Christian Eriksen mengakui The Red Devils perlu menewaskan Real Sociedad pada Jumaat ini, demi menyalakan kembali peluang beraksi di pentas Eropah musim depan.

United akan berdepan perlawanan timbal balik kedua Pusingan 16 Liga Europa berdepan wakil La Liga Sepanyol tersebut di Old Trafford, dengan kedudukan terikat 1-1 selepas perlawanan pertama di Stadium Anoeta, 7 Februari lalu.

“Perlawanan menentang Sociedad sangat penting, kami tahu tekanan yang dihadapi dan kedudukan pasukan dalam liga ketika ini.

“Untuk beraksi di Eropah musim depan, kami perlu menang banyak perlawanan liga atau mara lebih jauh dalam Liga Europa, jadi kami tahu wujud banyak tekanan bagi setiap perlawanan.

“Tetapi itu juga sebenarnya sebahagian daripada berada di kelab ini. Anda bermain untuk trofi, jadi kami perlu bermain dengan baik untuk mara ke pusingan seterusnya,” kata Eriksen.

Sebagai rekod, United kini berada di tangga ke-14 dengan 34 mata – selepas seri 1-1 dengan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Anak buah Ruben Amorim kini 11 mata di belakang Aston Villa tangga ketujuh – kedudukan terakhir melayakkan diri ke Liga Konferensi Europa – bergantung kepada pemenang piala domestik yang United telah tersingkir dari kedua-duanya.

Eriksen juga menegaskan bahawa United sepatutnya beraksi di Eropah, sama seperti gergasi EPL lain seperti Liverpool, Arsenal, dan Manchester City.

“Kami akan cuba yang terbaik untuk perbaiki kedudukan dalam liga, kerana ketika ini tidak berada di kedudukan yang diinginkan semua.

“Sejujurnya, di United, anda perlu berada lebih tinggi, jadi kami perlu kembali fokus dan berharap meraih kedudukan lebih baik penghujung musim,” kata Eriksen.

LIGA EUROPA

PUSINGAN 16

PERLAWANAN KEDUA

JUMAAT (14 MAC)

Olympiakos (0) lwn (3) Bodo/Glimt, 1.45 pagi

Athletic Bilbao (1) lwn (2) AS Roma, 1.45 pagi

Lazio (2) lwn (1) Viktoria Plazen, 1.45 pagi

Eintracht Frankfurt (2) lwn (1) Ajax Amsterdam, 1.45 pagi

Lyon (3) lwn (1) Steaua Bucharest, 4 pagi

Tottenham Hotspur (0) lwn AZ Alkmaar, 4 pagi

Rangers (3) lwn (1) Fenerbahçe SK, 4 pagi

Manchester United (1) lwn (1) Real Sociedad, 4 pagi

* Dalam kurungan keputusan perlawanan pertama



Source link

OR

Scroll to Top